Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banyak yang kita boleh pelajari dari Bandaraya Bali dengan bagaimana mereka meningkatkan industri kebudayaan dan industri pelancongan,” kata Abdul Karim

Pesta Kesenian Bali, panduan Sarawak tingkatkan industri kebudayaan dan pelancongan – Abdul Karim

ByKhairil Zharif Affindie

BALI, 11 Julai: Pulau Bali antara lokasi peranginan yang menjadi panduan kepada Sarawak untuk meningkatkan industri kebudayaan dan pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Perkara itu didedahnya ketika mengadakan lawatan rasmi ke Pesta Kesenian Bali ke-46 di sini berikutan ingin mendalami kesenian dan kebudayaan Pulau Dewata berkenaan.

“Banyak yang kita boleh pelajari dari Bandaraya Bali dengan bagaimana mereka meningkatkan industri kebudayaan dan industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual TVS bagi program Bawa Keindahan Seni Sarawak Ke Mata Dunia : Bali Art Festival 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim juga menzahirkan rasa bangganya berikutan Sarawak mendapat jemputan untuk menyertai festival berkenaan.

“Kita cukup bangga kerana kita dijemput untuk menghantar penari dan Ini menunjukkan bahawa kita diketahui oleh penganjur dan industri kesenian kita berkembang,” ujarnya.

Festival yang pertama kali diadakan pada tahun 1979 merupakan acara untuk melestarikan seni budaya dengan memaparkan seni klasik yang hampir pupus serta tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat Bali.

Difahamkan seramai 20 penari dari Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dihantar dengan tajaan Kerajaan Sarawak untuk mempersembahkan tarian kebudayaan di Pesta Kesenian Bali ke-46 kali ini.

Pesta Kesenian Bali ke-46 tahun ini bermula 15 Jun hingga 13 Julai 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan