Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di program Smart Farming Site Visit di Lot 517, Kuala Baram, Miri hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Perumahan di Kuala Baram, bandar ‘smart farming’ pertama di Sarawak – Abang Johari

BySteward Dawi

 

MIRI, 11 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pertanian bandar berkonsep ‘smart farming’ atau pertanian pintar akan dilaksanakan di kawasan perumahan di Baram.

Menurut beliau, inisiatif Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan syarikat Simfoni Strategi Sdn Bhd itu bakal merubah wajah Kuala Baram yang berkeluasan 326 hektar dengan aktiviti pertanian bandar.

“Ini merupakan julung kalinya pertanian seumpama ini dijalankan melibatkan kawasan perumahan yang memberi peluang kepada pemilik rumah mampu mengaktifkan diri di dalam pertanian bandar yang menggunakan teknologi terkini seperti ‘Internet of Things’ (IoT) dan rumah hijau.

“Kawasan yang dikenali untuk projek ‘smart farming’ juga turut melibatkan penduduk yang mendiami kawasan perumahan itu terlibat sama dengan syarikat Simfoni Sdn Bhd mengeluarkan buah-buahan hanya dari belakang rumah mereka,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Smart Farming Site Visit di Lot 517, Kuala Baram, Miri hari ini.

Jelas Abang Johari, pertanian pintar itu dilihat bersesuaian dengan aspek keterjaminan makanan terutamanya melibatkan penghasilan buah-buahan yang dijual di pasaran domestik dan luar negara.

“Sekiranya pendekatan baharu ini berjaya kita lakukan di kawasan ini, ianya akan dibangunkan di kawasan lain sehingga ke luar bandar.

“Kalau ada kawasan perumahan yang baharu, mungkin kita (Kerajaan Sarawak) akan menyediakan kawasan khas bagi menghasilkan makanan menggunakan cara ini,” kata beliau lagi.

Tambah beliau, sekiranya cara itu berjaya ia nya berpotensi untuk diperluas ke kawasan skim perumahan lain seperti di sepanjang jalan pesisir sekali gus membantu penduduk di kawasan terbabit menjana pendapatan tambahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan