Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PAC sambut baik keputusan KESUMA laksana audit bebas terhadap HRD Corp. Foto, HRD Corp.

Parlimen: PAC mahu keputusan audit bebas HDR Corp dibentangkan

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membentangkan keputusan audit bebas yang dijalankan ke atas Human Resources Development Corporation (HRD Corp) kepada jawatankuasa berkenaan.

Parlimen: Tadbir urus HRD Corp lemah, beli hartanah mencurigakan – PAC

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya menyambut baik tindakan proaktif Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong untuk melaksanakan pengauditan bebas itu susulan penemuan PAC dan Jabatan Audit Negara.

Jelas Mas Ermieyati pihaknya dimaklumkan KESUMA akan melantik firma audit bebas pada 31 Julai 2024.

“Ia merupakan langkah tepat yang diambil oleh KESUMA dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) itu.

“Ini membuktikan bahawa menteri berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Steven Sim semalam mengumumkan KESUMA akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas HRD Corp.

Tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.

Sementara itu PAC berkata, walaupun perkara yang dilaporkan PAC dan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan berlaku ketika Steven Sim menjadi menteri di kementerian itu namun kesanggupan beliau untuk melantik firma audit bebas berdasarkan penemuan PAC dan JAN perlu menjadi contoh kepada menteri kabinet yang lain. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan