Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengawa ngaga Jematan Batang Lassa disdang tembu kena 22 Disember 2024. Foto Pusat Khidmat DUN Daro

Jambatan Batang Lassa siap sepenuhnya pada 22 Disember 2024

SIBU, 11 Julai : Pembinaan jambatan kedua terpanjang Sarawak, Jambatan Batang Lassa siap sepenuhnya pada 22 Disember depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata perkembangan terkini projek yang menelan belanja RM600 juta itu berada pada peringkat penyambungan fizikal jambatan terbabit.

“Kalau dilihat secara fizikalnya jambatan itu telahpun bersambung, mengikut maklumat terkini jambatan itu akan siap pada 22 Disember, hujung tahun inilah Insya-Allah projek akan siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Oleh yang demikian, Safiee mengakui keterujaan warga Daro yang tidak sabar untuk menikmati kemudahan berkenaan.

Menurut Safiee, pelaksanaan projek itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meneruskan kesinambungan projek demi manfaat segenap lapisan rakyat.

Ujarnya, Jambatan Batang Lassa bakal membawa limpahan pembangunan sekali gus melonjakkan lagi potensi ekonomi Daro yang sinonim dengan pengeluaran hasil pertanian dan perikanan.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), memperuntukkan RM200 juta bagi pelaksanaan pembangunan di kawasan dun Daro.

Pelaksanaan semua projek itu katanya, dijangka bermula pengunjung tahun ini selepas ia dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sementara itu katanya, usaha menambah baik prasarana lain seperti bekalan air, elektrik dan infra pertanian khususnya di kawasan DUN Daro di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei juga akan terus dilaksanakan demi manfaat penduduk dalam tempoh jangka panjang.

“Begitu juga dengan projek RTP bagi kawasan N.43 Daro di bawah pentadbiran bahagian Sarikei, saya bersyukur kesemua projek yang dilaksanakan pada tahun lalu berjalan lancar. Kita akan meneruskan lagi pelaksanaan projek RTP 2024 untuk kawasan ini,” katanya.

Menyentuh cadangan pembinaan jalan raya dari Muara Lebaan ke jalan utama Sibu Tanjung Manis, Safiee menjelaskan, projek terbabit akan bermula sebaik saja kerja-kerja lapangan termasuk kajian dan ukur siap sepenuhnya tidak lama lagi.

“Projek dianggarkan bernilai RM65 juta ini bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Sungai Sian yang semenangnya terkenal dengan pengeluaran hasil pertanian,” ujar.

Terdahulu Safiee berpeluang menghadiri mesyuarat bersama agensi pelaksanaa projek di Sarikei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan