Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keluaran petroleum merupakan antara eksport utama negara bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Foto, Envato.

Dewan Rakyat: Perdagangan Malaysia cecah RM1.158 trilion Jan hingga Mei 2024

ByJeeridyne

Kuala Lumpur, 11 Julai: Bank Negara Malaysia mengunjurkan perdagangan negara pada tahun ini meningkat sebanyak 5.2 peratus manakala eksport dijangka berkembang sebanyak 5.0 peratus.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, jangkaan itu disokong oleh pertumbuhan positif kitaran teknologi di mana pasaran semikonduktor global dijangka meningkat sebanyak 16 peratus tahun ini menurut World Semiconductors Trade Statistics.

Jelas beliau peningkatan segmen itu merangkumi barangan semikonduktor, pengkomputeran, kecerdasaran buatan (AI) automotif dan komunikasi.

“Malaysia sebagai pengeksport global ke-10 terbesar bagi barangan elektrik dan elektronik dan pengeksport keenam terbesar bagi semikonduktor pada 2023 bakal memanfaatkan perkembangan ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (Perikatan Nasional – Parit) yang meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan statistik kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke luar negara sehingga Jun 2024.

Sementara itu Chin Tong memaklumkan, pertumbuhan eksport pada tahun ini turut akan disokong oleh prospek positif bagi harga komoditi utama seperti minyak sawit serta petroleum mentah.

“Bagi tempoh Januari hingga Mei 2024, jumlah perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus kepada RM1.158 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak RM1.066 trilion.

“Eksport meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM605.25 bilion dan import turut meningkat 13.7 peratus kepada RM553.24 bilion. Bagi Januari hingga Mei 2024, eksport jentera, kelengkapan dan peralatan meningkat 21.8 peratus kepada RM27.54 bilion,” jelasnya.

Eksport juga meningkat dua bulan berturut-turut dengan berkembang 7.3 peratus kepada RM128.22 bilion, tambah Chin Tong.

Sementara itu katanya import naik 13.8 peratus kepada RM118.09 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM10.14 bilion.

“Antara barangan utama eksport bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 adalah E&E, keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit dan sebagainya,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan