Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI). Foto fail AFP

Pesawat United Airlines selamat mendarat di Denver selepas roda tercabut semasa berlepas

ByBernama

LOS ANGELES, 10 Julai: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).

Penerbangan United 1001 yang membawa 174 penumpang dan tujuh anak kapal, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tanpa sebarang insiden selepas melakukan pendaratan kecemasan.

Kru telah menemukan roda yang tercabut dari bahagian belakang pesawat di Los Angeles.

Juruterbang lain menghubungi kawalan trafik udara untuk memaklumkan bahawa roda pesawat itu bergolek di landasan selepas pesawat United berlepas.

Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini penerbangan United Airlines berhadapan dengan masalah tayar tercabut.

Pada Mac, tayar pesawat Boeing 777 United tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Walaupun pesawat itu mendarat dengan selamat di Los Angeles, tayar yang tercabut itu merosakkan banyak kenderaan di tempat letak kereta di San Francisco. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan