Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR mangsa tanah runtuh yang berlaku di sekitar lombong emas di mukim Tulobalo, Bone Bolango, Gorontalo, Indonesia terus dilakukan oleh 250 pasukan sehingga hari keempat pencarian. Foto Basarnas

Mangsa tanah runtuh Gorontalo terus meningkat, 23 ditemui meninggal dunia, 33 masih hilang

JAKARTA, 10 Julai: Pada hari keempat pencarian pasukan Badan Mencari dan Menyelamat (Basarnas) Indonesia masih menjalankan operasi mencari kesemua mangsa yang hilang akibat tanah runtuh yang berlaku di sekitar lombong emas di mukim Tulobalo, Bone Bolango, Gorontalo, Indonesia.

Berdasarkan laporan sehingga pagi ini, jumlah mangsa tanah runtuh meningkat kepada 137 orang di mana 81 orang selamat dan cedera, 23 orang ditemui mati manakala 33 orang masih dalam pencarian.

Menurut Ketua Basarnas Kusworo yang datang meninjau operasi, usaha pemindahan masih sukar berikutan cabaran cuaca dan tanah runtuh yang turut berlaku di beberapa lokasi sehingga mengambil masa 4-5 jam untuk sampai ke lokasi kejadian melalui jalan darat.

“Satu-satunya langkah yang cekap dalam usaha mencari ialah mengerahkan peralatan berat memandangkan jumlah mangsa terus meningkat, namun amat sukar untuk sampai ke lokasi dan akan dibantu dengan helikopter sekiranya keadaan cuaca bertambah baik,” katanya.

Beliau turut terus memantau perkembangan dan pelbagai cabaran yang dihadapi pasukan di lokasi kejadian walaupun jumlah itu telah ditambah kepada 250 pasukan gabungan turut dibantu tentera dan polis.

Kusworo turut menyebut ramai mangsa yang tertimbus kerana ketika kejadian mereka berada di dalam rumah-rumah di sekitar lombong emas haram itu, namun jumlah mangsa mungkin masih berubah sekiranya ada laporan daripada ahli keluarga.

Seperti diketahui, tanah runtuh berlaku di kawasan sekitar lombong emas harap pada Sabtu lalu berikutan hujan lebat yang turut menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan