Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Muhammad Akil Syauqi, 3, yang maut selepas termakan keropok bercampur racun tikus dituntut ahli keluarga di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini. Foto TVS

Jenazah Muhammad Akil Syauqi selesai bedah siasat, dituntut keluarga

GEORGE TOWN, 10 Julai: Jenazah kanak-kanak tiga tahun, Muhammad Akil Syauqi yang meninggal dunia selepas termakan  makanan ringan disyaki bercampur racun tikus Ahad lalu, selesai dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Jenazah dituntut ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, di Jabatan Perubatan Forensik kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

Van jenazah kemudiannya membawa jenazah Muhammad Akil Syauqi terus ke kampung halaman di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar di Kulim, Kedah untuk dikebumikan petang ini.

Terdahulu, media melaporkan, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di HPP pada pukul 8.30 pagi hari ini selepas kira-kira tiga hari bertarung nyawa.

Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas termakan keropok yang dijumpai pada pagar dawai besi di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad.

Makanan itu dipercayai dicampur racun tikus bagi memerangkap monyet oleh penduduk kampung.

Muhammad Luth Syauqi ketika ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HPP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan