Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Dato Dr. Jeniri Amir dalam sidang media bagi Festival Bahasa dan Sastera 2024 di Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sarawak pada Rabu. Foto Willy Jali (TVS)

Festival Bahasa dan Sastera 2024, pupuk penggunaaan bahasa Melayu baku

KUCHING, 10 Julai: Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kali ini menjadi platform untuk memantapkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu baku.

Menurut Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Dato Dr. Jeniri Amir, pihaknya menyediakan ruang dan peluang untuk program bahasa dan sastera bagi meningkatkan kefahaman dan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu.

“Festival ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu di  Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) melalui pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusateraan.

“Selain itu, mewujudkan dan menyediakan wadah serta suasana penggunaan bahasa Melayu supaya dapat melahirkan model penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

“Seterusnya, mewujudkan rasa kebersamaan  dan bangga akan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,” ujarnya.

Beliau berkata, festival tahun ini akan diwarnai dengan tujuh pertandingan menarik iaitu Pertandingan Penglipur Lara Moden, Pertandingan Bicara Berirama, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Nyanyian Berkumpulan, Program Pemerkasaan Forum Pelajar dan Pertandingan Forum Pelajar dan Klip Video Pendek.

Mengulas lanjut, Dr. Jeniri berharap aktiviti yang diadakan ini dapat mencapai matlamat dalam melahirkan ramai pelajar yang cinta akan bahasa Melayu sekali gus menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Festival yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini akan berlangsung pada 15 hingga 19 Julai 2024 di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.

Dalam pada itu, DBP mempelawa orang ramai terutama penggiat sastera untuk turut serta bagi memeriahkan festival tersebut.

Turut hadir dalam sidang media itu, Pengerusi Persatuan Bersekutu Lembaga Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Abang Julai dan Ketua Eksekutif, Persatuan Bersekutu Lembaga Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak, Hong Woan Ying. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan