Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Panglima Brigedier Jeneral, Mohd Sauffi Omar yang baharu dilantik sebagai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Ke-40 bersama isteri, Dayang Satiah Awang Siee di Astana Negeri hari ini. Foto: UKAS

Pemindahan Nusantara, Tun Dr Wan Junaidi pandang serius keselamatan Sarawak

ByKimberly Dickson

KUCHING, 9 Julai : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memandang serius isu keselamatan negeri ini berkaitan isu pemindahan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta ke Nusantara.

Perkara itu dizahirkan beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Panglima Brigedier Jeneral, Mohd Sauffi Omar yang baharu dilantik sebagai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Ke-40 bersama isteri, Dayang Satiah Awang Siee di Astana Negeri, hari ini.

Menurut Mohd Sauffi, Tun Dr Wan Junaidi menegaskan perkara berkenaan harus diberi perhatian agar aspek keselamatan terjamin selepas perpindahan ibu negara Republik berkenaan kelak.

“Secara tidak langsung perkara ini akan meningkatkan beberapa faktor iaitu dari segi ekonomi dan pembangunan.

“Dalam masa yang sama, akan memberi kesan kepada aspek keselamatan wilayah Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat berkenaan pagi tadi.

Turut mengiringi, Kapten Nurul Norsyuhada Salahuddin, Leftenan Mohd Haiqal Mohd Hanafi dan Lans Koperal Mohd Fadzil Kusin.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan