Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kemajuan Bintulu, faktor jadi tuan rumah sambutan Hari Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Julai: Kemajuan pesat yang sedang berlaku di Bintulu antara faktor Bahagian itu dipilih sebagaiĀ tuan rumah sambutan Hari Sarawak 2024, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2024 itu berkata pembangunan tersebut termasuk transformasi Jepak Jaya dan bandar Bintulu.

“Ia membawa makna yang besar. Bintulu menjadi sebuah hab perindustrian, Samalaju, Tanjung Kidurong, Metanol, PETCHEM dan juga transformasi Jepak Jaya dan bandar Bintulu.

“Kita tidak hanya memfokuskan kepada bandar Bintulu tetapi juga kepada Jepak Jaya dengan siapnya jambatan itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Beliau mendedahkan tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi memaklumkan kepada Abang Johari mengenai persediaan sambutan selain turut menjemput Abang Johari sebagai tetamu kehormat pada acara gilang-gemilang itu kelak.

Jelasnya Abang Johari turut berpuas hati dengan tahap persiapan yang dijalankan bagi sambutan berkenaan.

“Beliau (Premier Sarawak) berpuas hati dengan apa yang kita lakukan. Cuma ada sedikit perubahan perlu dibuat dari segi sentimen kita.

“Kalau boleh kita mahu meletakan Sarawak di hadapan secepat yang mungkin, tetapi perlu diingatkan juga bahawa Sarawak kekal dalam Malaysia. Sarawak maju, Sarawak makmur, Malaysia maju, Malaysia juga makmur,” ujarnya lagi.

Untuk rekod Premier Sarawak akan hadir dan merasmikan sambutan Hari Sarawak 2024 yang akan diadakan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 22 Julai ini.

Beliau turut dijadual merasmikan Petchem Methanol di Tanjung Kidurong pada hari yang sama.

Rundi turut memaklumkan Majlis Kesyukuran akan diadakan bagi agama-agama lain di bawah kendalian UNIFOR pada 20 Julai yang akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Manakala pada 21 Julai, Majlis Kesyukuran bagi umat Islam pula diadakan di Masjid Assyakirin yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Antara pengisian menarik yang bakal disajikan buat para pengunjung pada malam sambutan tersebut adalah pentomin yang memaparkan perjalanan pembangunan Sarawak sehingga ke tahap yang dikecapi pada masa ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan