Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Pelajar sekolah guna dadah kalis ujian air kencing

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Hasil kajian mendapati 65 peratus daripada 152 pelajar sekolah terlibat dalam penyalahgunaan bahan dikenali sebagai magic mushroom.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyelidik dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati sampel kajian mencampurkan vape dengan cendawan genus Psilocybe.

Menurutnya, kajian itu melibatkan pelajar berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun di Kelantan.

“Ini lebih teruk daripada metamphetamine dan syabu. Magic mushroom lebih dahsyat lagi kesannya terhadap emosi, terhadap fizikal dan segala macam.

“Kalau kita jalankan ujian air kencing, tidak dapat dikesan,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Saifuddin Nasution, maklum balas Pengarah Pendidikan membuktikan pengambilan vape yang dicampur bahan terlarang itu menjadi kebimbangan utama pendidik pada masa kini.

Sementara itu, beliau berkata isu ini seharusnya menjadi kebimbangan masyarakat dan tidak boleh dibatas dengan perbezaan politik.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution memuji tindakan Kerajaan Kelantan yang bersetuju memberi peruntukan untuk menjalankan penyelidikan dengan lebih lanjut memerangi dadah di negeri itu.

“Saya ucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan yang berikan geran supaya HUSM meneruskan penyelidikan mereka, ini langkah terpuji dan patut dicontohi,” katanya.

Menurut USM, pengambilan magic mushroom akan menyebabkan kesan halusinasi, rasa seronok melampau dan tidak sedar sepenuhnya yang akan mengubah persepsi, emosi dan pemikiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan