Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara wanita di Pulau Pinang kerugian lebih RM1.6 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian semalam. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Bank perlu bayar pampasan pelanggan ditipu ‘online scammer’

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pihak bank tidak boleh menyalahkan pelanggan yang mengalami kerugian akibat penipuan dalam talian, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pengecualian hanya diberikan sekiranya bank mempunyai bukti kukuh menunjukkan pelanggan tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi butiran keselamatan peribadi.

Jelas Hui Ying, bank bertanggungjawab menanggung kerugian yang dialami oleh pelanggan sekiranya siasatan mendapati penipuan kes itu berpunca akibat kelemahan pengurusan risiko bank terlibat.

“Pembuktian (kes penipuan dalam talian juga) tidak datang daripada mangsa tetapi pihak bank. Jika kerugian kewangan berpunca akibat kecuaian bank, maka bank akan bertanggungjawab.

“(Namun) jika bukti jelas menunjukkan kecuaian pemilik akaun, bank perlu membuat pertimbangan untuk menawarkan pampasan yang sewajarnya kepada mangsa berdasarkan perincian kes,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Hui Ying menjawab soalan Chong Chieng Jen (Pakatan Harapan – Stampin) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat meminda undang – undang supaya pihak bank bertanggungjawab untuk menanggung sebahagian atau kesemua kerugian mangsa – mangsa penipuan dalam talian yang kerap berlaku.

Sementara itu Hui Ying berkata, sekiranya tidak bersetuju dengan tawaran pampasan yang dikemukakan oleh bank, pemilik akaun berhak untuk mengemukakan pertikaian keputusan kepada pihak Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS).

Berhubung statistik mangsa yang menerima pampasan daripada bank, beliau mendedahkan sejak 2020 hingga pertengahan 2023, jumlah kes yang diterima adalah sebanyak 18,238 kes.

“Daripada itu, lebih kurang 2, 000 kes atau 11 peratus dibawa ke OFS dan 75 peratus kes telah diselesaikan,” katanya.

Tambahnya, bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah menambah baik dasar berkenaan pengendalian transaksi perbankan elektronik tanpa kebenaran baru-baru ini.

“Ini termasuk memastikan institusi kewangan menjalankan penyiasatan yang lebih menyeluruh dan telus dalam tempoh masa yang munasabah serta melaksanakan kawalan pencegahan yang lebih berkesan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan