Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Balai Polis Tebedu di Serian didakwa berdepan masalah kekurangan anggota, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto, Zamridil Diah.

Dewan Rakyat: Balai Polis Tebedu canggih namun hanya miliki 12 anggota

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Balai Polis Tebedu di Serian didakwa berdepan masalah kekurangan anggota, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, balai polis itu yang merupakan antara yang canggih di kawasannya hanya memiliki 12 orang anggota sahaja berbanding kapasiti penuh seramai 35 anggota.

Jelas beliau, penjawatan di balai polis berkenaan tidak mencecah separuh berbanding yang ditetapkan.

“(Selain itu) Balai Polis Tebedu hanya diketuai oleh Sarjan walaupun sepatutnya diketuai oleh Sub-Inspektor,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di sini.

Richard Riot berkata, isu pengisian jawatan di balai polis berkenaan yang terletak di sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia itu perlu diberi perhatian kerana membabitkan isu keselamatan.

“Di situ juga terletak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

“Pada 1963, balai polis berkenaan pernah diserang dan kalau tidak silap saya, seorang anggota polis berpangkat koperal terkorban,” katanya.

Sehubungan beliau ingin tahu bilakah kekosongan jawatan di balai berkenaan akan diisi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau ambil maklum isu berkenaan.

Jelas Saifuddin Nasution, berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Richard Riot, balai polis berkenaan termasuk dalam kategori D iaitu memiliki penjawatan antara 38 hingga 66 orang anggota.

“Isunya di sini adalah pengisian, memang Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berhenti berusaha untuk penuhi dan melakukan pengisian.

“Saya akan segera beri maklum balas mengenai perancangan segera atau sedia ada KDN (berhubung Balai Polis Tebedu),” katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution memaklumkan di seluruh negara terdapat 180 balai polis dan 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Menjawab soalan asal Richard Riot mengenai langkah memperketatkan keselamatan di balai polis di seluruh negara susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, beliau memaklumkan pintu pagar balai polis di seluruh negara akan ditutup selepas pukul 10 malam.

Jelas beliau, PDRM memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan IPD, balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran supaya perbaiki beberapa arahan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan