Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Pengerusi APCPH Kali Ke-8 Dr Tahir Aris menyampaikan cenderahati kepada Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto: Alex Teo (TVS)

150 klinik di Sarawak diperuntuk RM10 juta untuk jadi digitalisasi klinik – Dr Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Julai: Sebanyak 150 daripada 271 klinik kesihatan di Sarawak akan dinaik taraf untuk dijadikan sebagai klinik digitalisasi dengan peruntukan berjumlah sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pendigitalisasi amat penting bertujuan setiap klinik boleh mengakses rekod kesihatan bagi mengurangkan penggunaan sumber pada klinik-klinik tersebut dan memberi manfaat kepada 73 peratus daripada pesakit di Sarawak.

“Maknanya pada masa kini, jika anda pergi ke satu klinik, maka klinik lain boleh melihat rekod anda, termasuk ubat-ubatan tanpa perlu membawa buku kesihatan di mana pesakit kadang-kadang tidak tahu apa ubat yang dimakan.

“Ini juga termasuk ujian darah kerana kita sering mengulangi ujian darah sekiranya tiada rekod mengenainya dan bagi saya, ia bukan cara bijak untuk menggunakan sumber,” katanya pada sidang media pada Majlis Perasmian Asia-Pasifik Kesihatan Awam (APCPH) Ke-8 di sini, hari ini.

Jelasnya, peruntukan tersebut dilewatkan berikutan keputusan kerajaan pusat mahu meningkatkan pemasangan sistem digital di hospital dan klinik kerajaan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha menuju digitalisasi sistem kesihatan menjelang 2030.

Walaupun Kerajaan Sarawak menyokong hasrat berkenaan, namun Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata hanya dua klinik kesihatan sahaja di Sarawak diperuntukkan.

Sehubungan itu, kementeriannya komited dalam memastikan klinik-klinik lain di Sarawak yang tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat seiring turut dibangunkan bersama bagi mencapai objektif menuju digitalisasi sistem kesihatan Malaysia.

Tahun lalu, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, projek rintis telah dimulakan di Negeri Sembilan dengan pengenalan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital kerajaan.

Ini membolehkan rekod perubatan berhubung, memudahkan pemindahan maklumat kesihatan antara hospital dan klinik kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan