Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto MUI

Tiga lelaki cedera selepas terkena tembakan

BySafri Ali

KUCHING, 8 Julai: Tiga lelaki cedera selepas terkena tembakan dipercayai menggunakan senapang patah bertempat di belakang sebuah pasaraya Batu 19 Jalan Kuching-Serian di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.57 pagi daripada seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

“Dia memaklumkan tiga rakannya telah terkena tembakan bertempat di belakang sebuah pasaraya.

“Siasatan mendapati mangsa tiga lelaki berusia antara 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketiga-tiga mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam keadaan stabil.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),” tegasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan