Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dion Das Louis atau lebih dikenali sebagai ‘The Little Bornean Birdie’, meraih emas pada Kejohanan Persembahan Dunia ke-27 di California, Amerika Syarikat (AS).

‘The Little Bornean Birdie’ rangkul emas pada Kejohanan Seni Persembahan Dunia ke-27 di California

ByKimberly Dickson

KUCHING, 8 Julai : Dion Das Louis atau lebih dikenali sebagai ‘The Little Bornean Birdie’, meraih emas pada Kejohanan Persembahan Dunia ke-27 di California, Amerika Syarikat (AS).

Anak cilik Sarawak yang berusia lapan tahun itu mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut yang berlangsung bermula dari 1 hingga 5 Julai lalu.

Sebelum ini, Dion memenangi pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Januari lepas.

Ngajat tarian tradisional Iban yang dipersembahkan oleh Dion merupakan kombinasi unsur-unsur daripada dua jenis burung Borneo (Burung Ruai dan Burung Kenyalang) yang turut diperagakan melalui kostum pakaiannya.

Dion ketika dihubungi berkata, dia amat menghargai sokongan dan dorongan daripada warga Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan mengucapkan tahniah kepada Dion atas kejayaannya.

“Tahniah kepada Dion Das Louis, burung kecil dari Sarawak. Syabas dan kami sangat berbangga dengan anda,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Untuk rekod, pasukan Malaysia dinobatkan sebagai Anugerah Kostum Terbaik pada tahun ini yang diwakili oleh seramai 15 artis Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia ke-27 untuk beraksi dengan lebih 30 negara lain bertanding bagi menempa nama kejohanan dunia di Hollywood.

Sebanyak enam kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan, Lakonan dan Pelbagai Seni bagi peringkat Junior (5 hingga 15 tahun) dan Senior (16 tahun keatas).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan