Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilson Nyabong (tengah) dan tetamu yang lain pada Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Kapit, hari ini. Foto NREB

Pantau aktiviti mengundang pencemaran sungai

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KAPIT, 8 Julai: Ketua masyarakat dan penduduk di sekitar Sungai Sut di sini mempunyai peranan aktif dalam memantau dan menghentikan pembuangan sampah yang mencemarkan sungai.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus, Wilson Nyabong yang berkata demikian, menambah pemantauan dan tindakan segera daripada komuniti adalah kunci kelestarian alam sekitar.

Penduduk setempat perlu melaporkan sebarang salah laku yang menyebabkan pencemaran alam sekitar kepada pihak berkuasa yang berkenaan, tegasnya.

“Berikan maklumat kepada pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa jika terdapat sebarang salah laku yang mencemarkan alam sekitar,” katanya berucap pada Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di sini, hari ini.

Program yang berlangsung bermula 5 hingga 6 Julai, adalah anjuran NREB bersama Jabatan Hutan Sarawak dan beberapa agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sejak 2001, NREB telah menganjurkan program sebegini untuk memberi pendedahan kepada ketua-ketua masyarakat, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, komuniti rumah panjang dan orang awam mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

Dalam pada itu, Kontroler NREB Jack Liam, menegaskan komitmen pihaknya untuk terus melaksanakan program-program berkaitan alam sekitar secara berkala.

“Program ini bukan sekadar langkah proaktif memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pencemaran alam sekitar dan kesannya kepada kesihatan manusia, tetapi juga sebagai seruan kepada semua pihak untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan ekosistem sungai dalam memastikan kelangsungan hidup komuniti sungai.

“Sungai merupakan sumber alam yang sangat penting bagi kehidupan manusia, membekalkan air untuk keperluan domestik, pertanian, industri, pengairan, dan tenaga hidroelektrik.

“Kita perlu memastikan sungai-sungai kita tidak tercemar agar komuniti sungai dapat terus bergantung kepadanya untuk keperluan harian mereka,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan