Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam. Foto KPDN Kedah (FB)

KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket

ByBernama

ALOR SETAR, 8 Julai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata sepasukan anggota KPDN Kulim  melakukan tindakan penguatkuasaan kira-kira 12 tengah hari terhadap premis yang didapati enggan menjual barang kawalan itu.

Beliau berkata tindakan awal  dilakukan dengan membuat uji beli melalui Op Samar dan mendapati tiada minyak masak peket satu kg dipamerkan di rak jualan.

“Setelah bertanya kepada seorang pekerja lelaki tempatan, anggota dimaklumkkan minyak masak peket satu kg di kedai runcit itu kehabisan stok. Pasukan kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemukan sejumlah minyak masak peket disimpan di dalam stor.

“Anggota kemudian menyita minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM555 itu untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 16A (1) (a) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] di sini hari ini.

Muhammad Nizam berkata sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta dan kes juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613]. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan