Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - EXCO Perak. Foto PBAPP

Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas – EXCO Perak

ByBernama

IPOH, 8 Julai: Keputusan untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata operasi itu melibatkan isu teknikal dan kerajaan negeri perlu mendapatkan pandangan daripada jabatan-jabatan teknikal terlebih dahulu.

“Sebelum melakukan pembenihan awan, kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa faktor dan keperluan bagi memastikan proses berkenaan berhasil memandangkan ia menelan kos yang agak tinggi serta tidak berlaku pembaziran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu terdiri daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Paras empangan Kolam Bukit Merah yang menjadi sumber utama air bagi kegunaan domestik dan pertanian terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di Taiping semakin menyusut berpunca daripada cuaca panas.

Pada Selasa, JPS Daerah Kerian terpaksa menghentikan bekalan pengairan untuk kegunaan sektor pertanian disebabkan paras air di empangan itu menyusut kepada 6.096 meter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan