Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah dan membayar denda US$243.6 juta ke atas dakwaan penipuan mengenai nahas pesawat 737 MAX pada 2018 dan 2019, lapor Sputnik berdasarkan laporan CNBC yang memetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS). Foto fail AFP

Boeing setuju mengaku salah terhadap dakwaan penipuan dalam 2 nahas pesawat 737 MAX

ByBernama

MOSCOW, 8 Julai: Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah dan membayar denda US$243.6 juta ke atas dakwaan penipuan mengenai nahas pesawat 737 MAX pada 2018 dan 2019, lapor Sputnik berdasarkan laporan CNBC yang memetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

“Kami boleh mengesahkan kami telah mencapai persetujuan secara prinsipnya dalam penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman, bergantung kepada kelulusan terma-terma tertentu,” lapor CNBC yang memetik kenyataan syarikat itu.

Persetujuan pengakuan itu termasuk melantik pemantaubebas untuk memantau pematuhan syarikat pembuat pesawat itu selama tiga tahun.  Boeing juga perlu melabur sekurang-kurangnya US$455 juta dalam program pematuhan dan keselamatan, kata CNBC.

Jabatan Kehakiman memaklumkan Boeing pada Mei bahawa ia bakal menghadapi pertuduhan jenayah selepas jabatan berkenaan mendapati syarikat itu melanggar satu keputusan yang dicapai pada 2021 bahawa Boeing perlu membayar penalti berjumlah US$2.5 bilion dan berikrar untuk meningkatkan protokol pematuhan dan keselamatannya.

Pendakwa Raya Persekutuan baru-baru ini mengesyorkan kepada pegawai kanan Jabatan Kehakiman supaya mendakwa Boeing kerana gagal menambah baik keselamatan pesawatnya selepas satu siri kemalangan kecil  tahun ini, termasuk panel pintu pesawat Alaska Airlines yang tercabut sebaik sahaja berlepas, menurut seorang sumber yang biasa tentang isu ini kepada Sputnik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan