Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail ketika ditemui TVS di kediamannya pada 8 Julai 2024. Foto: TVS

Beri Sarawak hak penuh anjur Sukan SEA 2027

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Sarawak mampu menjadi penganjur penuh Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 berdasarkan pelbagai faktor.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, selain kewangan, Sarawak turut memiliki kemudahan sukan lengkap serta berpengalaman menganjurkan pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Kata beliau, cadangan menyerahkan sepenuhnya hak penganjuran kepada Sarawak juga akan memacu perkembangan sukan di seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja.

“Saya sendiri rasa lebih baik Sarawak anjurkan semua, bukan 50-50 kerana kita yakin mereka mampu menganjurkannya dan sanggup membiayai.

“Sudah tiba masanya Malaysia menawarkan negeri lain untuk menganjurkan Sukan SEA seperti yang telah lama dibuat oleh negara lain. Contohnya Thailand bagi Chiangmai pada 1995 dan Korat 2007 (ketika mereka jadi tuan rumah) serta Indonesia di Palembang 2011,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Bumi Kenyalang bersedia untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 dengan beberapa syarat termasuk upacara pembukaan diadakan di Kuching, dan separuh sukan yang bakal dipertanding dilaksanakan di Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menyatakan kementeriannya juga telah mengadakan mesyuarat rasmi bersama Kerajaan Sarawak sebelum ini berhubung perkara itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kesediaan Pulau Pinang yang turut menawarkan diri sebagai penganjur bersama, Ahmad Shapawi berkata tawaran itu mungkin akan menimbulkan beberapa isu.

“Saya rasa tawaran Pulau Pinang akan menimbulkan sedikit masalah membabitkan keputusan yang akan dibuat.

“Siapakah yang akan membiayai kejohanan temasya itu nanti?

“Sekiranya negeri lain ingin menganjurkan temasya tersebut, mereka mesti mampu membiayai penganjuran temasya dan ini merupakan isu yang perlu dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Majlis Olimpik Malaysia,” katanya.

Semalam Hannah memaklumkan Pulau Pinang turut menyatakan kesediaan untuk menjadi hos bersama Sukan SEA 2027 selepas Sarawak dan menganjurkan jenis-jenis sukan tertentu di Pulau Mutiara. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan