Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita mengalami kecederaan pada mata selepas ditumbuk kekasihnya yang juga artis tempatan. Foto hiasan, Envato.

Artis lelaki pukul teman wanita dalam kereta

ByAmirah Shawel

PETALING JAYA, 8 Julai: Seorang wanita membuat laporan polis petang semalam mendakwa dipukul oleh teman lelakinya yang juga seorang selebriti tempatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Shahrulnizam Ja’afar berkata, akibat kejadian itu mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri.

Jelas beliau, suspek berasa marah kerana mangsa keluar bersama kakaknya dan meminta teman wanitanya datang ke rumah.

“Pada pukul 3.38 pagi, mangsa berjumpa suspek dalam kereta dan ditumbuk pada bahagian mata kiri serta dipukul pada bahagian badan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Shahrulnizam berkata, mangsa kemudian diarah ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. -TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found