Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Filipina membunuh dua suspek pemberontak dalam pertempuran awal pagi Isnin di wilayah Masbate, tenggara Manila, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

2 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina

ByBernama

MANILA, 8 Julai: Tentera Filipina membunuh dua suspek pemberontak dalam pertempuran awal pagi Isnin di wilayah Masbate, tenggara Manila, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Darat Filipina Mejar Frank Roldan, berkata dua anggota kumpulan New People’s Army (NPA) itu terbunuh dalam pertempuran selama 15 minit yang berlaku sebelum 7 pagi waktu tempatan di bandar Esperanza.

Beliau berkata empat pemberontak berjaya melarikan diri meninggalkan rakan mereka yang terkorban.

Tentera menemukan senapang M653, revolver kaliber 38, dan barangan peribadi lain milik pemberontak.

Tiada tentera kerajaan yang terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu.

NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

Data tentera menunjukkan kekuatan anggota NPA telah merosot berbanding 25,000 anggota bersenjata pada 1980-an. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan