Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 200 pasukan SAR segera dikerahkan ke Kampung Tulabolo di mukim suwawa Timur, Bone Bolango, Gorontalo untuk mencari mangsa hilang dalam runtuhan lombong emas haram. Foto Pejabat SAR Gorontalo

11 maut, 17 lagi masih hilang dalam runtuhan lombong emas haram di Gorontalo

ByTVS

JAKARTA, 8 Julai: Lombong emas haram di kawasan Bone Bolango, Gorontalo utara pulau Sulawesi mengalami tanah runtuh yang mengakibatkan 11 pekerja lombong maut, 17 lagi masih hilang manakala lima lagi cedera.

Berdasarkan laporan pejabat mencari dan menyelamat (SAR) wilayah Gorontalo, hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan tanah runtuh menimbus mangsa yang ketika itu sedang berehat di kawasan lombong emas dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Ketua SAR, Gorontalo Heriyanto berkata, pihaknya menerima maklumat pada awal pagi Ahad namun pasukannya menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian.

“Pasukan SAR yang dibantu agensi terbabit telah kita kerahkan sejak semalam, namun keadaan muka bumi yang mencabar ditambah lagi dengan lokasinya yang jauh dan hujan berterusan menyukarkan usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata, lebih 200 pasukan SAR segera dikerahkan ke Kampung Tulabolo di mukim suwawa Timur untuk mencari mangsa yang hilang ketika ini.

Heriyanto menambah, mengikut permintaan keluarga, pencarian akan dilakukan sehingga kesemua mangsa ditemui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan