Sarawak tekad ‘berhijrah’, komited tangani dua cabaran dunia -Abang Johari

KUCHING, 7 Julai: Sarawak bertekad untuk ‘berhijrah’ sebagai negeri maju dan berpendapatan tinggi dengan menangani dua cabaran yang dihadapi wilayah ini.
33 sekolah di DUN Marudi terima geran MRP

MIRI, 7 Julai: Sebanyak 33 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) masing-masing berjumlah RM10,000 kepada sekolah rendah dan RM15,000 bagi sekolah menengah.
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
Festival Kebudayaan Cina bina masyarakat berbilang kaum yang harmoni

MIRI, 7 Julai: Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-39 menggambarkan matlamat membina masyarakat berbilang kaum yang harmoni dan sejahtera dengan tema ‘Kewujudan Bersama Pelbagai Budaya Memacu Kemakmuran Negara’.
Lelaki cedera ketika padam kebakaran dua buah rumah di Kampung Pulo Hulu

KUCHING, 7 Julai: Seorang lelaki cedera ketika cuba memadam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pulo Hulu di sini, awal pagi tadi.
Maal Hijrah 1446H: Tingkatkan amal soleh, perbaharui azam – TYT

KUCHING, 7 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di Sarawak.
Lapangan terbang utama Milan akan dinamakan semula sempena bekas PM Berlusconi

ROME, 7 Julai: Lapangan terbang antarabangsa utama di bandar utara Itali, Milan, akan dinamakan semula dengan nama bekas perdana menteri dan tokoh media terkenal, Silvio Berlusconi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Biden hampir tidak mampu bercakap sebelum debat dengan Trump – Laporan

MOSCOW, 7 Julai: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden hampir tidak mampu bercakap dua hari sebelum debat yang tidak berjaya dengan Donald Trump kerana selesema kuat dan keletihan, lapor Politico yang memetik sumber yang mengetahui situasi itu, menurut Sputnik.
Selangor mara ke separuh akhir Piala FA selepas tempuh aksi dramatik

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ke atas Kuching City FC selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 4-4 sebaik tamat masa sebenar perlawanan separuh akhir kedua yang menyaksikan Selangor menumpaskan Kuching City 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam Sabtu.
Dr Abdul Majid tokoh Maal Hijrah Selangor

SHAH ALAM, 7 Julai: Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu malam ini.
