Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di Sarawak. Foto: Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

Maal Hijrah 1446H: Tingkatkan amal soleh, perbaharui azam – TYT

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan suatu tarikh penting bagi pembukaan tahun hijrah baharu dan memperingati peristiwa penting Nabi Muhammad SAW.

“Ia merupakan hari yang amat penting buat semua umat Islam dalam memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

“Sempena permulaan tahun baru Islam ini, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dengan mempertingkatkan amal soleh kita agar tahun 1446H dilimpahi keberkatan dan kejayaan,” katanya.

Wan Junaidi serta isteri turut memanjatkan doa agar para muslimin dan muslimat di Sarawak senantiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Wan Junaidi serta isteri akan menghadiri Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M peringkat Sarawak di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching, pagi ini.

Majlis itu turut akan disertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Wan Junaidi akan menyempurnakan penyampaian Anugerah Ma’al Hijrah 1446H sebanyak 14 anugerah pada majlis itu.

Semalam, Wan Junaidi serta isteri telah menghadiri Majlis Doa Akhir Tahun 1445H/2024M dan Awal Tahun 1446H/2024M Peringkat Sarawak di Masjid Jamek, Kuching yang turut disertai lebih 1,000 umat Islam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan