Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto fail Bernama

Tumpuan Malaysia ialah pemulangan aset 1MDB – Saifuddin Nasution

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Julai: Kerajaan pada masa ini memberi tumpuan terhadap usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerajaan difahamkan terdapat perjanjian penyelesaian dikatakan antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dengan ahli perniagaan sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu terbabit.

“Apabila aset itu dikembalikan kepada DOJ, kita tahu ia membabitkan aset negara, sudah tentu fokus kita tentang asset repatriation (pengembalian aset),” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Larian Hari Polis di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tidak memberi tumpuan kepada usaha memburu Jho Low, Saifuddin Nasution berkata fokus kerajaan buat masa ini hanya melibatkan proses penghantaran pulang aset negara.

Baru-baru ini, Jho Low dilaporkan akan menyerahkan harta bernilai lebih US$100 juta (RM471 juta), termasuk sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni Claude Monet dan Andy Warhol.

Tindakan itu dibuat bagi menyelesaikan kes pelucutan hak sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan 1MDB.

Aset yang dilucut hak itu adalah tambahan kepada hampir US$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk kapal layar bernilai US$120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucut hak sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan