Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Bantuan My lesen Kelas B2 Peringkat Parlimen Petra Jaya. Foto TVS

TPM sampaikan penghargaan semua pihak terlibat SAR anggota tentera dilapor hilang

KUCHING, 6 Julai: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anggota Batalion ke-7 Rejimen Sempadan Tentera Darat Malaysia, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim yang ditemui selamat hari ini.

Katanya, kesungguhan semua pihak yang terlibat termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) membolehkan anggota tentera tersebut ditemui dengan selamat selepas 19 hari anggota tersebut dilaporkan hilang.

“Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sama-sama  membantu dapat mencari seorang anggota tentera kita yang mengiringi operasi ukur bagi pengukuran di sempadan negara dan akhirnya ditemui setelah hilang hampir 19 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen Kelas B2 Peringkat Parlimen Petra Jaya di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Prebet Muhammad Syafiq dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei pada 18 Jun lalu.

Selain ATM, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Syafiq turut disertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota JUPEM.

Operasi pencarian tersebut yang dilakukan di kawasan hutan Ulu Mendalam, Limbang juga turut mendapat bantuan daripada Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Unit Udara JBPM.

Sementara itu Sel perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia memaklumkan menerusi maklumat awal Muhammad Syafiq berjaya menjejaki tanda panduan laluan rintis yang sengaja dibuat oleh kumpulan SAR di sekitar operasi tersebut sehingga membolehkan beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

Katanya, ketika ditemui anggota tersebut berada dalam keadaan lemah akibat dihidrasi lengkap dengan peralatan dan senjata yang dibawanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan