Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM telah menahan seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan dokumen tuntutan bayaran palsu sebanyak RM527,375.

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki buat tuntutan palsu RM527,375

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan dokumen tuntutan bayaran palsu sebanyak RM527,375.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira 3 petang semalam di Kuala Terengganu.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 dengan mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu iaitu resit dan penyata bank pembelian peralatan padi kepada sebuah agensi kerajaan untuk memperoleh geran bernilai RM527,375 sedangkan pembelian tidak pernah dibuat,” katanya.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18  Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan