Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prebet Muhammadd Syafiq Hilmi Abd Halim dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu. Foto: TUDM

Prebet Syafiq hilang 19 hari ditemui selamat

ByFarah Diyana Samsuddin

LIMBANG, 6 Julai: Anggota pasukan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu, ditemui selamat hari ini.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia Prebet Muhammadd Syafiq Hilmi Abd Halim ditemui selamat sekitar jam 11.29 pagi tadi oleh kumpulan Search and Rescue (SAR) setelah 17 hari operasi tersebut dilancarkan. 

Kenyataan mendedahkan Prebet Syafiq telah berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A. 

Anggota yang berasal dari Baling, Kedah itu ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

“Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” catat kenyataan terbabit.

Terdahulu, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi turun padang menyertai dalam operasi SAR Prebet Syafiq, semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan