Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
João Félix gagal menyempurnakan sepakan penalti, memberikan kelebihan kepada Perancis yang disempurnakan dengan sepakan penentuan oleh Theo Hernández. Foto AFP

Perancis tewaskan Portugal, tempah slot separuh akhir Euro 2024

ByBernama

HAMBURG, 6 Julai: Perancis, berjaya melangkah ke separuh akhir Euro 2024 selepas menewaskan Portugal 5-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan pada Jumaat di Hamburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

João Félix gagal menyempurnakan sepakan penalti, memberikan kelebihan kepada Perancis yang disempurnakan dengan sepakan penentuan oleh Theo Hernández.

Pada Selasa ini, Perancis akan berdepan Sepanyol yang menewaskan tuan rumah Jerman 2-1.

Portugal memiliki peluang terbaik untuk memenangi perlawanan, memaksa penjaga gol Mike Maignan melakukan dua penyelamatan hebat untuk menafikan hantaran Bruno Fernandes pada minit ke-61 dan Vitinha pada minit ke-63.

Namun, keputusan 0-0 kekal sehingga masa tambahan, memaksa Portugal menghadapi penentuan penalti buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Slovenia 3-0 dalam penentuan penalti pada pusingan 16 pasukan.

Kali ini, juara Euro 2016 itu tidak bernasib baik dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan