Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, dekat sini, semalam.  Foto hiasan Envato

Mayat lelaki warga asing ditemukan di tepi jalan

ByBernama

SHAH ALAM, 6 Julai: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat lelaki dianggar berusia 30-an itu pada 8.20 malam.

“Pemeriksaan fizikal pada mayat itu menemukan kesan kecederaan di belakang kepala. Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dan terkena penjuru longkang.

“Terdapat tompokan darah dijumpai dalam longkang berdekatan lokasi kejadian manakala mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan anggota forensik di tempat kejadian mendapati kesan kecederaan di belakang kepala mangsa adalah disebabkan objek tumpul disyaki kesan terhantuk ke batu.

Pemeriksaan di sekitar lokasi penemuan mayat, katanya tidak menemukan sebarang objek yang mencurigakan dan kematian lelaki itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan