Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi. Foto fail TVS

Kerajaan Sarawak komited tangani masalah bekalan air di luar bandar – Julaihi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 6 Julai: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar iaitu sebanyak RM4 bilion di bawah peruntukan ‘Alternative Funding’ dan RM809 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melibatkan 431 projek di Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 288 projek atau 67 peratus telah disiapkan, 44 projek bersamaan 10 peratus sedang dalam pembinaan manakala 99 projek lagi atau 23 peratus sedang dalam perancangan.

Menurut Julaihi, projek bekalan air itu akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

“Projek ini telah memberi impak yang ketara dalam menangani masalah bekalan air yang serius terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh Sarawak.

“Projek ini juga telah membantu meningkatkan liputan bekalan air terutamanya di kawasan luar bandar iaitu daripada 61.9 peratus pada tahun 2018 meningkat kepada 70.5 peratus setakat ini dan ini menjadikan liputan bekalan air seluruh Sarawak sehingga kini adalah 85.4 peratus,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain daripada usaha untuk melaksanakan projek-projek baharu bekalan air, Kerajaan Sarawak juga akan melaksanakan program menaik taraf dan menggantikan paip lama serta uzur sepanjang 2,742km secara berfasa di seluruh Sarawak dengan kos peruntukan berjumlah RM1.085 bilion melalui Alternative Funding.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM247 juta telah diperuntukkan pada tahun ini untuk dilaksanakan dengan kadar segera.

Beliau optimis kemampuan kesemua agensi bekalan air untuk melaksanakan kesemua projek ini mengikut jadual.

“Saya dan agensi di bawah kementerian saya sentiasa berusaha untuk melaksana segala projek yang telah dirancang dan menangani masalah bekalan air yang dihadapi rakyat.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk merealisasikan perancangan yang telah dibuat,” katanya lagi.

Ini kerana menurutnya, pelaksanaan projek-projek ini amat penting bagi memastikan liputan dan fasiliti bekalan air seluruh Sarawak dapat ditingkat dan ditambah baik selaras Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid Air dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan beliau yang sentiasa memahami dan prihatin dengan keperluan rakyat terutamanya berkenaan dengan bekalan air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan