Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kali Keenam Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak (6/15), di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak kemas kini senarai keluarga miskin dalam sistem eKasih

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Julai: Kerajaan Sarawak akan mengemas kini senarai keluarga miskin yang disenaraikan di dalam sistem eKasih, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, satu kajian sedang dijalankan bagi mengenal pasti situasi sebenar keluarga terbabit sama ada dalam kategori layak menerima atau sebaliknya selepas beberapa tahun berada senarai penerima bantuan kerajaan.

“Sebab itu, Kerajaan Sarawak membuatkan kajian untuk mencari berapa ramai orang (yang layak) diletakkan di bawah kategori kemiskinan yang telah didefinisikan. Jadi saya melihat kepada senarai sahaja, sama ada senarai itu masih tepat atau tidak.

“Oleh itu, kita hendak ‘melawat’ semula (penerima bantuan eKasih), mungkin dengan melaksanakan langkah itu, kita boleh lihat kadar kemiskinan (di Sarawak) akan mengalami penurunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kali Keenam Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak (6/15), di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kajian tersebut kini sedang dalam pelaksanaan pihaknya dan akan diumumkan pada pembentangan Bajet Sarawak 2025 yang akan datang pada November ini.

“Bulan November ini, kita akan mempunyai angka yang betul mengenai dengan keadaan kadar kemiskinan (di Sarawak).

“Saya rasa dengan adanya statistik ini, dasar jangka panjang dan ekonomi kita akan berjalan dengan baik dan usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat universiti berada dalam laluan yang tepat melalui strategi ekonomi kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan