Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Accurate’ daripada Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Bahagian Mukah menjuarai Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada Hari Inovasi dan Intergriti Tanah dan Survey Sarawak ( HIITS ) 2024. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

JTS Mukah juara Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) HIITS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Julai: Kumpulan ‘Accurate’ daripada Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Bahagian Mukah menjuarai Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada Hari Inovasi dan Intergriti Tanah dan Survey Sarawak ( HIITS ) 2024.

Dalam pada itu, ‘Origin’ daripada JTS Kapit menyandang tempat kedua diikuti dengan JTS Sri Aman (Knights Of Batang Lupar) di tempat ketiga.

Majlis Anugerah HIITS terbabit telah disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali gus menyempurnakan HIITS kali ini.

Selain itu, turut disampaikan penyampaian bagi kategori Persembahan Terbaik yang turut disandang oleh kumpulan Accurate JTS Mukah dan Montaj Terbaik Infiniti Tri D dari Sibu.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah-Anugerah Khas antaranya Anugerah Inovasi Transformasi Digital milik Accurate JTS Mukah, Anugerah Inovasi Kelestarian Alam Sekitar (Inno- Tochi 11, JTS Betong) , Anugerah. Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan, (lOrigin JTS Kapit ), Anugerah Inovasi Sosial (Knights Of Batang Lupar, JTS Sri Aman) dan Anugerah Khas dan Kepimpinan Inovasi dianugerahkan kepada Nur Sabrina Talif @ Len daripada JTS Mukah.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar (II), Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan