Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menahan 11 motosikal dan mengeluarkan 37 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di sekitar Bandar Simanggang dan Jalan Sri Aman/Sarikei/Kuching malam tadi. Foto IPD Sri Aman

11 motosikal ditahan, 37 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Sri Aman

SRI AMAN, 6 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menahan 11 motosikal dan mengeluarkan 37 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di sekitar Bandar Simanggang dan Jalan Sri Aman/Sarikei/Kuching malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sri Aman mulai jam 10 malam hingga 3 pagi.

“Sebanyak 20 buah motosikal dan 25 lelaki telah diperiksa. Hasil pemeriksaan sebanyak 11 buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 37 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada nombor pendaftaran sebanyak enam kesalahan, ubahsuai ekzos (7), ubahsuai struktur kelengkapan (6), tiada cermin pandang belakang (9), lesen kenderaan tamat tempoh (2), tiada lesen (6) dan tidak pamer P (1),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan