Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKDW digesa untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak. Foto hiasan Envato

Salurkan peruntukan projek BALB kepada Kerajaan Sarawak – Julaihi

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 5 Julai: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sebanyak 12 projek BALB di wilayah ini lewat berikutan karenah birokrasi.

Tambah beliau, prosedur yang panjang juga memberi kesan kepada rakyat Sarawak yang memerlukan kemudahan berkenaan.

“Laporan Ketua Audit Negara merujuk kepada pengurusan projek BALB yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui KKDW.

“Sebanyak 12 projek BALB yang diluluskan antara 2016 hingga 2018 mengambil masa yang agak lama dan pembinaan masih belum bermula seperti yang telah dilaporkan dalam laporan audit tersebut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Julaihi mengulas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2 yang menyebut secara keseluruhannya projek BALB Sarawak dan Sabah tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sementara itu jelas Julaihi perkara itu pernah bangkitkan oleh beliau semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada November 2023 dan Mei lalu.

Tambahnya, kelewatan ini telah menyebabkan projek yang dirancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Bekalan Air Dan Grid Air Sarawak.

Julaihi juga menyarankan agar peruntukan projek itu disalurkan terus kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi pelaksana dengan menggunapakai tatacara dan prosedur pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan