Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 28,000 orang diarahkan berpindah ketika kebakaran hutan terus merebak di California Utara, Foto hiasan Envato

Lebih 28,000 diarah berpindah, kebakaran hutan di California Utara

ByBernama

LOS ANGELES, 5 Julai: Sekurang-kurangnya 28,000 orang diarahkan berpindah ketika kebakaran hutan terus merebak di California Utara, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire), kebakaran yang tercetus pada Selasa berhampiran Bandar Oroville di Butte County telah memusnahkan lebih 3,700 ekar (kira-kira 15 km persegi) kawasan setakat tengah hari Khamis dan hanya tujuh peratus daripadanya berjaya dikawal.

Sekurang-kurangnya empat struktur bangunan rosak manakala empat anggota bomba cedera semasa operasi memadam kebakaran dilakukan.

Arahan pemindahan telah dikeluarkan di sebahagian Butte County dan lebih 1,900 anggota bomba kini berhempas pulas memadam kebakaran.

Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat di Butte County bagi menyokong tindak balas berkenaan.

“Kami menggunakan setiap peralatan yang ada bagi menangani kebakaran ini dan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan dan persekutuan untuk menyokong komuniti yang terjejas,” kata gabenor itu dalam satu kenyataan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan