Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Direktor JKDM Sarawak, Norizan Yahya ngayanka asil pengawa ngerampas nya.-Foto:TVS

Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM2.4 juta di Miri

MIRI, 5 Julai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 24 kotak kiriman kargo udara disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Ketamin bernilai lebih RM2.4 juta dalam satu serbuan pada 27 Jun lalu.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata serbuan itu turut menahan seorang suspek lelaki warganegara tempatan selepas menuntut kotak kiriman tersebut daripada sebuah syarikat penghantaran kargo udara yang diletakkan dalam sebuah kereta jenis Nissan Almera.

“Pemeriksaan awal ke atas kenderaan berkenaan membawa kepada penemuan 24 kotak yang diikrarkan sebagai bahan asas pembuatan sabun dengan setiap kotak mengandungi satu ketulan bahan asas tersebut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas semua bahan asas sabun itu seterusnya menemui 48 pakej paket plastik bertulis ‘Tie Guan Yin mengandungi ketulan kristal dengan dua paket berkenaan disembunyikan dalam setiap bahan asas pembuatan sabun tersebut.

“Hasil ujian awal ke atas ketulan kristal tersebut didapati positif dadah berbahaya jenis Ketamin dengan anggaran berat 49.318 kilogrm (kg) dan anggaran nilai sebanyak RM2,465,900,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Miri pada Jumaat.

Norizan mendedahkan sindiket terbabit menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah tersebut di dalam ketulan bahan asas yang diikrarkan sebagai bahan untuk pembuatan sabun sebelum ia dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran udara.

Suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Miri pada 28 Jun lalu diperintahkan untuk direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes tersebut kini disiasat bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang dari 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan