Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki warga asing ditangkap selepas memecah sebuah kereta dan mencuri wang tunai

Jurutera kilang ditahan rakam video dalam tandas wanita

ByBernama

BALIK PULAU, 5 Julai: Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam selepas kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah beberapa kali masuk ke dalam tandas wanita berkenaan termasuk pada 26 Jun dan Rabu lepas.

“Pemeriksaan dalam telefon bimbitnya menemukan gambar dan video dalam tandas itu serta gambar dan video lucah lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, lelaki terbabit mendakwa dia melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari hingga 8 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah  Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan