Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Malaysia tegas bantah pencerobohan kapal China di perairan Sarawak

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Isu pencerobohan kapal pengawal pantai China di Laut China Selatan berhampiran perairan Sarawak telah dibangkitkan dalam pertemuan pemimpin kedua – dua negara baru – baru ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melawat China pada Mei lepas menyentuh isu itu ketika bertemu Perdana Menteri China, Li Qiang.

Jelas Mohamad, beliau turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan berkenaan dan perbincangan itu berlangsung dalam suasana harmoni.

“(Pada pertemuan itu) memang ada sentuh soal serantau dan antarabangsa termasuk isu – isu yang sedang diteliti secara bersama oleh Malaysia dan China.

“Kita memang tegas sejak awal dalam mempertahankan kedaulatan negara dan akan menggunakan platform sedia ada untuk mengadakan sebarang rundingan dengan China,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (Perikatan Nasioanal-Kangar) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap kehadiran kapal perang China di Laut China Selatan berhampiran perairan Sarawak.

Sementara itu, menjawab soalan asal Tan Kok Wai (Pakatan Harapan-Cheras) mengenai hasil lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China, Mohamad berkata, peluang itu digunakan untuk meneroka kerjasama dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“(Selain itu kita juga meneroka kerjasama membabitkan) pembangunan industri halal dan kesalinghubungan selain bidang teknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan semi konduktor,” katanya.

Tambah beliau China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama lima belas tahun berturut-turut sejak 2009 yang menyumbang 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan