Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas jengkaut dikendalikannya terbalik di lereng bukit di sebuah lombong bijih timah di Klian Intan, Pengkalan Hulu hari ini. Foro Bombs Perak

Lelaki maut jengkaut terbalik

ByBernama

IPOH, 2 Julai: Seorang lelaki maut selepas jengkaut dikendalikannya terbalik di lereng bukit di sebuah lombong bijih timah di Klian Intan, Pengkalan Hulu hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Lum Kok Hon, 56, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 11.53 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Kemalangan didapati melibatkan sebuah jengkaut terbalik dan mangsa (Lum) telah tersepit serta meninggal dunia semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata usaha mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan hidraulik dan gergaji bulat manakala operasi tamat sepenuhnya pada 3.15 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan