Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu yang lain pada Majlis Ngiling Bidai anjuran PBB Bukit Saban di Spaoh, hari ini.

Usah mudah percaya perkongsian sensasi di media sosial

ByDouglas Elliot

SPAOH, 30 Jun: Masyarakat umum khususnya penduduk di luar bandar dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan segala perkongsian yang dimuat naik di media sosial.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengguna media sosial harus peka, terutamanya muat naik sensasi yang melibatkan ahli politik.

“Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pencipta kandungan kini mampu mencipta dan memanipulasikan banyak perkara.

“Teknologi AI ini umpama pedang bermata dua. (Selain memberi manfaat) ia juga boleh menimbulkan gangguan dan membinasakan,” katanya pada Majlis Ngiling Bidai anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh, satu video yang tular baru-baru ini memaparkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan bekas Presiden AS Donald Trump yang memberi ucapan Hari Gawai dalam bahasa Iban.

Ujarnya, wujud kebimbangan sekiranya teknologi itu disalahgunakan bagi tujuan jahat.

“Bayangkan jika teknologi itu disalahguna bagi tujuan berkempen semasa pilihan raya.

“Berita palsu boleh menimbulkan kekeliruan, kemarahan bahkan perpecahan. Jadi saya nasihatkan kepada semua pengguna telefon pintar agar berhati-hati apabila membaca atau menonton berita palsu ,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan