Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharzede Datu Salleh Askor yakin sasaran kemasukan empat juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini dapat dicapai awal.

Sasaran empat juta pelancong ke Sarawak dijangka dicapai awal

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Jun: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor yakin sasaran kemasukan empat juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini dapat dicapai awal.

Katanya, ia berikutan tindakan proaktif Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam penganjuran acara berskala besar yang secara langsung menyumbang terhadap kemasukan pelancong.

“Setakat Mei tahun ini, kita telah menjangkau kemasukan lebih dua juta pengunjung ke Sarawak. Kita juga masih mempunyai masa yang banyak,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Katanya lagi, tahun ini juga dilihat sebagai tahun yang amat positif bagi sektor pelancongan Sarawak.

Berhubung inisiatif menyediakan kadar tambang rendah ke Sarawak, STB telah menjalinkan usaha sama dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Malaysia Aviation Group (MAG) pada 19 Jun lalu, jelasnya.

“Menerusi MoU ini, ia akan mewujudkan kerjasama selama tiga tahun. Idea kolabroasi ini adalah untuk aktiviti penerbangan berkaitan dengan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS),” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata seiring dengan tema RWMF 2024, Evolution, golongan muda dilihat sebagai golongan yang penting dan pelapis dalam mengekalkan festival ini.

Ujarnya, menerusi peranan golongan muda ini, ia secara tidak langsung menepati konsep kelestarian yang tidak hanya kepada alam sekitar tetapi budaya dan warisan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan