Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis giat melakukan siasatan mengenai penularan gambar kecederaan pada mayat yang didakwa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi aplikasi Telegram sejak semalam. Foto Media sosial

Polis giat siasat penularan gambar didakwa Zayn Rayyan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Polis giat melakukan siasatan mengenai penularan gambar kecederaan pada mayat yang didakwa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi aplikasi Telegram sejak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Polis akan minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan kes Zayn Rayyan

“Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana perbuatan ini mengganggu siasatan serta proses pendakwaan di mahkamah.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata laporan berkaitan penularan gambar berkenaan dibuat pegawai kanan polis pada 12.15 tengah hari ini.

Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak itu menerusi aplikasi sama.

Polis akan minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan kes Zayn Rayyan

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Apartmen Idaman Damansara Damai pada 10 malam, sehari selepas dilaporkan hilang.

Pada 13 Jun, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan