Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini. Foto JBPM

Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar

ByBernama

KUANTAN, 30 Jun: Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman api dilakukan sebelum mengeluarkan pemandu lelaki yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Menurut beliau, pemandu itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Penumpang wanita kereta itu pula telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam,” kata beliau ketika dihubungi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan