Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2. Foto hiasan Envato

Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Jun:  Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda pantai selatan Peru pada Jumaat.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata ia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan gempa bumi itu.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Lima, yang terletak di Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.

Ia boleh dihubungi melalui telefon: (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 atau melalui e-mel di mwlima@kln.gov.my/malawakillima@gmail.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan