Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh. Foto fail AFP

PBB “tidak menarik diri dari Gaza,” kata jurucakap

ByBernama

NEW YORK, 27 Jun: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata PBB tidak menarik diri dari Gaza, menolak dakwaan yang dikatakan sebelum ini.

“Kami hanya cuba mencari ruang untuk beroperasi dalam keadaan yang memenuhi piawaian asas dan mudah kami,” lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik kenyataan Dujarric kepada wartawan.

Beliau berkata PBB cuba mengagihkan bantuan dengan risiko yang tinggi, dan tiada kemajuan yang dicapai setakat ini mengenai penambahbaikan yang mereka minta daripada pihak Israel.

Sebagai respons kepada berita yang tersebar bahawa PBB akan menghentikan pengagihan bantuan jika Israel tidak memenuhi permintaannya, Dujarric berkata: “Kami tidak menarik diri dari Gaza”.

Beliau menjelaskan bahawa PBB cuba untuk mengagihkan bantuan dalam keadaan yang sukar, sedangkan tuntutan PBB adalah sangat mudah.

Menurut WAFA, Dujarric berkata mereka tidak beroperasi di bawah perlindungan tentera Israel, sambil menegaskan mereka telah mencuba pelbagai kaedah pengagihan bantuan.

Beliau berkata: “Satu-satunya cara untuk berjaya adalah gencatan senjata,” mengulangi penekanan beliau terhadap keperluan untuk tidak menghalang ketibaan bantuan kemanusiaan. -TVS

Tags: gaza, operasi, pbb

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan