Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan kepimpinan KOAM mengadakan sidang media berhubung pemilihan atlet olahraga negara ke Sukan Olimpik Paris. Foto, TVS.

Olimpik Paris: Laporan teknikal tentukan Azeem atau Shereen wakil Malaysia

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Keputusan sama ada jaguh pecut, Muhammad Azeem Fahmi atau pelari 400 meter wanita, Shereen Samson Vallabouy yang terpilih mengisi tiket wild card olahraga negara ke Sukan Olimpik Paris akan diumumkan pada 2 atau 3 Julai ini.

Presiden Kesatuan Olimpik Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan laporan teknikal yang diterima pihaknya.

Dedahnya, keputusan sudah dibuat namun masih belum masanya untuk diumumkan sekarang.

“(Kalau tengok) segi teknikal, mereka berdua layak (cuma) sekarang kita hendak pilih libatkan aspek lain pula.

“Mereka sedang buat yang terbaik dan kedua-duanya dijangka akan menyertai Sukan Universiti ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia (dalam tempoh terdekat),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah Shahidan, Malaysia hanya diberikan satu tiket wildcard untuk temasya kali ini.

Kedua- dua bintang olahraga negara itu sebelum ini gagal layak secara merit ke temasya sukan terbesar di dunia itu selepas tempoh kelayakan berakhir. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan